e-Kad Akad 30 rekaan, mudah dikongsi melalui WhatsApp, RM99 sekali bayar untuk satu majlis.Lihat rekaan
Pengantin baru berjalan keluar sambil ketawa, keluarga menabur kelopak bunga
Contoh kiraan detik
243hari lagi
17.7.2027(Sabtu)
Kira detik ke majlis anda

Majlis anda bermula di sini.

Aplikasi perancang perkahwinan percuma untuk anda berdua. Senarai semak ikut adat, bajet, RSVP dan vendor di satu tempat.

  • Percuma
  • 20,000+ pasangan
  • 4.7 di App Store

Cari vendor untuk majlis anda

150+ vendor dalam 34 kategori di seluruh Malaysia. Mesej terus dalam app.

Anda vendor perkahwinan? Senaraikan perniagaan anda di Akad for Business

Semua urusan kahwin, dalam satu app.

Dari foto pelamin yang anda simpan hingga tetamu terakhir yang balas RSVP.

Pelamin bangku kayu berukir dengan bunga ros merah jambu dan langsir putih
Pelamin12 fotoHN
Dipin ke Simpanan
Tambah foto

Kumpul idea untuk majlis anda dalam satu board.Baharu

Pin foto pelamin, baju dan inai dari vendor di Akad, atau tekan Tambah foto untuk screenshot anda sendiri. Board dikongsi bersama pasangan, dan anda boleh terus tanya harga daripada vendor pilihan anda.

Keluarga bertepuk tangan dan ketawa di majlis
Jemput ahli
Mak tandakan selesaiTempah katering · baru tadi

Rancang berdua, keluarga pun boleh bantu.

Senarai semak ikut adat, dari merisik hingga bersanding, boleh diubah ikut keperluan majlis anda. Jemput pasangan dan sehingga 3 ahli keluarga dengan kod jemputan, percuma. Setiap tugasan yang ditandakan selesai akan dipaparkan dalam Aktiviti.

Pasangan pengantin tersenyum duduk bersebelahan di pelamin
BAJET
RM 34,380 / RM 60,000
129hadir209dijemput

Pantau bajet dan jumlah tetamu dengan mudah.

Rekod bayaran ikut kategori dan semak baki bajet anda. Kongsi pautan RSVP melalui WhatsApp. Tetamu boleh jawab tanpa muat turun app, dan jumlah kehadiran dikemas kini secara automatik.

Kata pengguna Akad

Penat lelah i buat excel sendiri (almost 1 week) then dalam masa satu hari boleh settle when pakai apps ni.
@wanaal***Pengguna Akad Planner

Lagi komen pengguna

as a future bride who's the first to plan a marriage in her family, i appreciate how detailed the checklists are!! felt less confused about the process thanks to the app.
@Ni** Azur***Pengguna Akad Planner
Bakal Pengantin 2026 yang masih buntu nak hire siapa dalam wedding anda, please install Akad Planner. Kat situ ada macam2 vendor dan membantu checklist anda membuat pilihan.
@nur_med***Pengguna Akad Planner
Sumpah high recommended apps untuk korang yang nak uruskan hal kahwin.. 🌟⭐✨
@nds.ya***Pengguna Akad Planner
Done download✨thankyou membantu sangat. Tak pernah tahu pun ada app free macam ni 😍
@nursyfq***Pengguna Akad Planner
Aku guna apps ni Senang nak tgok apa lagi tak cukup utk nikah
@saif***Pengguna Akad Planner
Dah download Akad Planner and sangat membantu 😁👍 Tq sebab dah develop this app!
@atika***Pengguna Akad Planner
uwahhh cam menarik aje ! memudahkan ni ada checklist gini 😍
@anira***Pengguna Akad Planner
so cool! done download! tahniah owner menjayakan apps ni mudahkan uruskan future brides. semoga maju jaya terusss!
@niarxh***Pengguna Akad Planner
Genius siapa yang buat ni, semoga dipermudahkan segala urusan
@ammirulhar***Pengguna Akad Planner
Thnkyou mudahkan urusan saya 🩷🩷
@eynaa.has***Pengguna Akad Planner

Komen sebenar pengguna. 4.7 di App Store.

Mula rancang majlis anda malam ini.

Akad Planner percuma di iPhone dan Android. Letak kiraan detik di skrin utama dengan foto anda sendiri.

Kod QR untuk muat turun Akad Planner

Guna komputer?Imbas dengan kamera telefon untuk muat turun.

Kira detik

Soalan lazim

Adakah Akad Planner percuma?

Ya. Senarai semak, Simpanan, vendor, bajet dan RSVP percuma untuk digunakan. e-Kad ialah produk berasingan, RM99 sekali bayar untuk satu majlis.

Boleh rancang bersama pasangan dan keluarga?

Boleh. Jemput pasangan dan sehingga 3 ahli keluarga dengan kod jemputan. Semua nampak senarai semak dan board yang sama.

Bolehkah saya ubah senarai semak?

Boleh. Mula dengan templat adat Melayu, kemudian tambah, buang atau tukar tugasan ikut majlis anda.

Ada di iPhone dan Android?

Ada, di App Store dan Google Play.

Adakah data majlis saya peribadi?

Ya. Hanya ahli yang anda jemput boleh melihat plan, board dan senarai tetamu anda.

Saya vendor. Macam mana nak daftar?

Daftar di business.akad.com.my dan lengkapkan profil perniagaan anda. Selepas profil disemak, perniagaan anda tersenarai dalam direktori vendor Akad.

Ada soalan lain? Hubungi pasukan Akad